Kesian Posmen Ini, Kerja 7 Tahun, Rayu Gaji Naik. Raya Dah Dekat



‘Niat aku bukan untuk burukkan nama syarikat tapi nak buka mata orang atasan terhadap kami-kami pekerja bawahan’

Kepada Dato posmalaysia yang dihormati

Saya sebagai perkerja bawahan kurier poslaju NP1 buat status ini bukan untuk burukkan syarikat tetapi harus di ingat kami perkerja bawahan bermain dengan hujan panas bermandi peluh berlapar dahaga dibawah matahari terik sepanjang hari keluar seawal jam 4pagi masuk kerja balik selewat 9mlm, kerja penat lelah semput sampai sakit-sakit masuk keluar hospital, sabtu kadang-kadang ahad kami korabankan masa dengan keluarga demi tanggung jawab tapi ini hasil nya pihak atasan bagi kami.

Rm 0 bonus saya dapat tahun ni dengan markah prestasi 44.9 sebelum ini sudah 4tahun merasa prestasi tahap 2 tapi takpa ada juga hasilnya walau sedikit. Kami ada anak bini juga untuk diberimakan diberi pakai lagi-lagi untuk hari raya akan tiba ini. Saya tahu kadang-kadang saya melawan ketua, mc disebab kan salit saya tetapi ini kah pembayaran tahunan kerja sepanjang tahun ini. Saya di luar pejabat cuba buat kerja sehabis mungkin kadang-kadang sampai malam sebab saya fikir memang tanggung jawab saya seorang kurier.

Tolong beri sikit timbang rasa dengan gaji kami yang kecil tidak seberapa ini manahu bayar rumah, kereta, bil-bil pakai makan dan lain2.diharap Status ini dapat Sampai ke DATO POSMALAYSIA cuba pertimbangkan balik apa yang saya luahkan.

Tak pernah saya menangis bila lihat surat ini, ini kali pertama saya menangis disebabkan mengenangkan anak isteri untuk dibeli segalanya raya ini. Mohon kawan2 share moga2 sampai ke Dato posmalaysia.. Minta maaf andaikata saya silap dan beri kurang senang pada sesetengah pihak.

Salam dari staff 7tahun diposlaju kl

0 Komentar untuk "Kesian Posmen Ini, Kerja 7 Tahun, Rayu Gaji Naik. Raya Dah Dekat"

Tekan Sini Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my

Anda Nak Share, Nak Tanya, Nak Ajak Couple, Nak Kutuk Admin? Silakan!

 
Copyright © 2014 Servis Sedap - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info